~ Aku, Blog & Kamu ~Subscribe RSS

Hari Yang Memenatkan

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semalam tak sempat nak update blog. Alasan? Penat. Haha. :)

Semalam saya kuar rumah awal² pagi lagi. Kerana meneruskan misi untuk mencari barang² perkahwinan di Pasar Chow Kit. Opps, bukan di dalam pasar yg jual ikan dan ayam tuh ye, tapi bangunan tepi kwsn pasar tu. Ada la dlm 3-4 kedai. Memang murah! Macam² telah saya beli. Antaranya bunga telur la, beg utk bagi kat tetamu, buah tangan yg cun² designnya dll. So, byk gak la duit kuar. Haha. Ala nk kawen punye pasallll..

Seriously, barang² di situ mmg murah. Kalau nk dibandingkan dgn kedai² di Ni*** 3 atau Mas*** Ind**, memang kat Pasar Chow Kit ni lah yg paling murah. So kalau nk pergi, parking je dkt² Hotel Brisdale ataupun City Villa kat situ. Boleh jugak kalau nk parking dekat Plaza Safuan yg tak silap saya baru je siap dibina.

imagesThen, kira² 12.30 pm saya dn family pun bertolak balik ke rumah. Sampai je di rumah, ada satu lagi program, iaitu melawat sepupu saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami bertolak dalam pukul 2 lebeh dan sampai lebih kurang dalam pukul 4. Sepupu saya ni disahkan mengidap denggi berdarah. Ha!! Bahaya tu. Ketika melawatnya di sana, memang bersusun² org yg kene denggi. Ish, Na’uzubillah. Alhamdulillah sepupu saya tu dah makin beransur pulih dan mungkin esok lusa boleh keluar kot. Amin..

Dalam pukul 5.30 kami pun bertolak pulang. Sampaila rumah dlm pukul 7 camtu. Lepak² jap sambil tgk tv, then abg ipar saya ajak kuar minum. Maka, kami pun kuar la jln² sambil melepak. Tujuan utama? Tengok bola la..Apa lagi!!! Layan punye layan, last² pukul 1 lebeh dah. Ha, sure mamak tu bengang. Order teh tarik je, tgk bola berjam²!! Haha!! :) Lek mamak ko kan dah kaya. Haha!!

Then, sampai rumah dlm pukul 2. Apa lagi, solat Isya’ jap pastu tido!!

Fuh, memang penat!! :)

p/s : Sori Chika tak dpt pergi rumah awk. Selamat Pengantin Baru, Chika!!! ;)




Anda mungkin meminati:

coded by nessus

Tiada komen lagi. Anda yang pertama. Dipersilakan komen.

Dipersilakan komen.

CommentLuv Enabled

© 2008-2010 Aku, Blog & Kamu All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.