super viagra
05
Apr
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga anda berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Insya-Allah.. :)

Lame la pulok saya tak update blog ini. Owh, busy! busy! Haha!! :) . Mcm biasalah, bekerja lah kate kan, manelah ade mase sgt. Mlm sure dah penat and then straight tido lah jawapannya. Pagi menyesal sebab tak dpt update blog. Haha!! (baik ko menyesal sbb x bangun solat malam bro) :) .

Entri kali ini simple je. Tajuknye ” Kau Sumber Inspirasiku “. Mcm jiwang kan? Tapi sebenarnya tidak. Hehe :) . Ini kerana saya akan menceritakan mengenai dua orang sumber inspirasi yg terlalu penting bagi diri saya. Senang cerita, takde mrk mmg tiadalah saya dan jahanam lah hidup saya ini…

Eherm, sumber inspirasi saya yang pertama adalah, Jeng jeng jeng…

1) My Dad, Abi, Walidi.

Nama panggilan : Abah

Nama sebenar : Hj. Rosli Hj. Sulong

Umur : 57 tahun

Asal : Paya Jaras, Selangor

Pekerjaan : Pesara (kini menjadi Nazir Masjid Al-Huda, Paya Jaras)

Keterangan tentang Abah :

Seorang yg sgt cool dan tenang. Bersahaja dan rilek aje memanjang. Wlupun agak garang tetapi saya tidak takut langsung kerana garangnya dibuat². Haha. Ala, time kecik² mmgla takut sekarang tak takut dah, yg ada hanyalah HORMAT…

Memang abah sgt sempoi, ketenangannya mengajar saya menjadi seorang yang tenang utk menghadapi apa jua situasi. Abah akan sentiasa tersenyum wlupun susah. For me, abah memang SUPERB and PERFECT father!!

Ucapan untuk abah :

Thanks Abah!! I Love U So Much!! Terima kasih kerana membesarkan saya dengan penat-lelah abah. Walaupun tak pernah saya belikan abah kereta Mercedes atau BMW, tapi ketahuilah kasih-sayang saya kepada abah lebih daripada segala²nya.

————————————————————————————————————————

Okay, dan sekarang sumber inspirasi ku yg kedua :

2) My mum, ummi, mother

Nama panggilan : Emak

Nama sebenar : Hjh Fuziah Hj Jali

Umur : 53 tahun

Asal : Kuang, Selangor

Kerjaya : Guru Pen. Kanan (Petang), S. K. Kuang, Selangor

Keterangan tentang Emak :

Seriously, emak seorang yang sangat rajin. Emaklah yg selalu bagi nasihat² berguna kepada saya ketika saya di dlm kesusahan. Emak sgt memahami, hinggalah bende² kecik pon emak boleh baca ape yg berada di dlm kepala otak saya. Wlupun emak suke membebel, tapi saya tidak pernah ambil hati dgn bebelan emak, sbb saya tau emak sdg busy dgn kerja² rumah dan pejabat. Hanya dlm hati saya berkata, “ala kejap lagi okay la tu..”.

Emak mengajar saya erti tanggungjawab. Emak ajar saya jadi seorang yg tahu untuk menghargai orang lain. Emak jugak mengajar saya untuk jadi seorang yg TERBAIK!!

Ucapan untuk emak :

Terima kasih emak!! Thanks a lot!! I Love U So Much!! Terima kasih kerana telah membesarkan saya dengan susah-payah. Terima kasih kerana membentuk saya sehingga kini. Saya tahu walaupun saya dah 24 tahun, tapi memang banyak lagi yg belum saya balas. Emak, wlupun saya belum mampu belikan mak rumah banglo tapi percayalah kasih-sayang saya melebihi harga sebuah banglo mewah mahupun Istana Negara (maksudnya melebihi segala²nya).

For me, emak adalah seorang emak yg PERFECT & AMAZING!!

Ucapan untuk Abah & Emak :

I Love Both Of You & Thank You So Much!!! Mmuahh kasi kiss sket!! :)

Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nisaa’, ayat 36 :

Maksudnya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Lagi firmanNya di dalam Surah Al-Israa’, ayat 23 :

Maksudnya : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Sama-samalah kita cuba utk menjadi yg terbaik kepada ibu-bapa kita. Insya-Allah..

p/s : Tunang? Belum lagi jadi zaujah (isteri) so tak termasuk dlm senarai, hehe..(don’t worry still my inspiration..)

8 Responses to “Kau Sumber Inspirasiku”

salam…

sebagai seorg ibu..kak jie rasa best baca entri ni…

April 6th, 2009

huhu.. ntah2 inspirasi pertama ko tu penah menjadi imam aku.. hehe..

slalu jugak lepak paya jaras..

April 6th, 2009

kak jie : thanks kak jie for ur comment..hopefully kite sntiasa buat yg terbaik utk parents kite.. :)

menteil : owh ye ke? haa ye la kot. mmg bapak aku kdg2 jadi imam pon..pergh alim tu menteil smbhyng kat masjid. bagus2!! :)

April 6th, 2009

dad & mum always the best!!

April 9th, 2009

Salam. Wahhh! Pali… x sangka ek nta ada seorang ayah & emak yg cukup hebat. x mcm akak ayah kerja penoreh getah je, emak pulak tlg2 ayah camtu je. BUT… akak cukup bangga menjadi anak mereka:-)

April 9th, 2009

syira : yes, they always the best!!

saljuputih @ kak ainon : siapapun ibu bapa kita, sudah semestinya kita akan bangga kerana menjadi anak mereka. :)

April 9th, 2009

Salam tuan blog n pelawat blog ini,
takda apa saya nak cakap pun,cuma entri yang tuan blog lampirkan ini satu perkara yang baik.semua orang sayangkan mak ayah..
*selalu lah berdoa untuk mereka berdua..

April 23rd, 2009

thanks joe..ya, sama² lah kita sentiasa berdoa untuk mereka.. :)

May 1st, 2009