Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Didoakan agar kita semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera, Amin..
Dulu time belajar, saya selalu fikir “bile la aku nak habis belajar ni?”. Tak pun saya slalu fikir “kan syok kalau dah kerja, bleh carik duit”. Haa lebih kurang camnilah yang saya fikir.
Kini, kedua-duanya saya dah rasai. Belajar pon dah habis. Kerja pun dah dapat. Kesimpulannya, belajar pun best, kerja pun best. Dua² best tapi kerja penat sket. Hehe. Tak mengapa, demi sesuap rezeki..
Kini, saya bekerja di Yayasan Waqaf Malaysia, sebuah yayasan di bawah Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR) under seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Di sana saya bekerja sebagai Pegawai Syari’ah di bawah Bahagian Penyelidian dan Wakaf Tunai. So, tugas saya adalah berkaitan hal-ehwal syari’ah, dan segalanya yang bersangkut-paut dengan penyelidikan.
Baru-baru ini pada 24-27 April yang lalu, saya dan rakan² pejabat yang lain telah menghadiri seminar berkaitan hartanah wakaf. Seminar yang dinamakan Seminar Pembangunan Hartanah Wakaf sebenarnya dianjurkan oleh YWM (Yayasan Waqaf Malaysia), tetapi saya telah diminta untuk menjadi peserta. Mmm, seminar ni memang best!! Banyak yg saya pelajari mengenai hal-ehwal pembangunan hartanah wakaf.

Peserta seminar bergambar

CEO YWM dan Timb. KP Jawhar bersama media
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Saya kini sudah mempunyai pekerjaan tetap. Maklumlah, hari bahagia lebih kurang sebulan saja lagi. Saya perlu lebih mantap di dalam bab² kewangan so tidaklah susah di kemudian hari.
Okaylah, nak rest dulu. Tata!!
p/s : Sedarkah anda bahawa wakaf merupakan antara medium terbaik untuk memantapkan ekonomi ummat Islam?
p/s/s : Selamat Hari Pekerja!! 1st time sambut hari pekerja. Hehe..