Maxis Broadband P932
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…
Saya sebenarnya merupakan pengguna broadband Maxis sejak 2007 lagi, iaitu semasa saya masih menuntut (menuntut?) di UIAM. Waktu itu, saya tengah gila buat online business dan sanggup berbelanja untuk register dan bayar sewa bulanan RM78 tiap-tiap bulan untuk modem broadband Maxis ni. Modem broadband yang saya guna adalah ZTE Modem warna putih, siap ada antenna lagi.
Walaupun line kadangkala okay, kadangkala tidak, tapi saya tetap setia bersama broadband Maxis ni. Seingat saya, broadband ni pernah buat hal sekali, tiba-tiba tak function. Maka, terpaksalah saya bergegas ke Selayang Maxis Centre untuk menukarnya.
Sehingga Mei 2010 yang lalu, dah hampir 3 tahun saya menggunakan broadband tersebut. Walaubagaimanapun, saya akhirnya terpaksa akur bahawa modem itu sudah tidak mampu lagi untuk digunakan. Sekali lagi dia buat hal dan tidak berfungsi. Hampir 2 bulan jugak saya tidak online di rumah (tapi bil tetap maintain bayar). Maka, kali ini saya terpaksa ke KLCC Maxis Centre untuk berjumpa dengan technician di sana. Confirm, modem itu rosak. Modem tersebut digantikan dengan satu modem baru, warna hitam dinamakan sebagai Maxis Broadband P932. Free of charge, saya pun pulang ke rumah untuk mencubanya, maklumlah 2 bulan tak online di rumah….
Tiba-tiba…still tak boleh digunakan. Adoiii..camana ni? Keesokannya, saya bergegas semula ke KLCC Maxis Centre untuk mengadukan hal tersebut. Rupa-rupanya, modem baru ini tidak menerima sim card modem yang lama. Pekerja sebelum ni dah masukkan sim card lama ke dalam modem baru tersebut, patutla tak boleh pakai. Akhirnya, saya diberi sim card baru. Setelah diberi jaminan bahawa masalah seperti ini tidak akan berulang lagi, maka saya pun pulang ke rumah untuk mencuba modem baru ini sekali lagi. Hasilnya….okayyyy!! Nice..terbaik!
Modem P932 ini saya rasa lebih baik kualitinya berbanding ZTE Modem. Saya sangat berpuas hati kerana modem broadband P932 ini lebih laju, pantas dan nampak tough. Hehe…Thank you, Maxis!!!
Anda mungkin meminati:
- Ramadan Karim : 17th Day
- Subhanallah..
- Ramadan Karim : 21-23rd Day
- Interview
- Kesian…
- Penat + Esok Tak Cuti
- Gaji Kedua
- PTD PAC 2010
6 komen setakat ini. Dipersilakan komen.




wah best tu dapat benda canggih secara percuma
rezeki..tpi letih jugak nak ke KLCC dua kali tuh…haha!!
hoho..nasib baik ok. takpe..janji berbaloi..
tula…..naseb okay..janji berbaloi..betol tuh..ahakz!!
Lwa gak modem p932 ni,laju gak ek bro kalau guna
ha’ah bro..kire bleh tahan la die punye laju klu nk compare dgn ZTE modem n USB modem maxis..
sungguh puas hati..hehe..