Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
4-6 September 2009, 14-16 Ramadan 1430H.
14 Ramadan 1430H.
Jumaat yang mulia. Hari ini saya rasa semangat yg lebih plak nk gi kerja. Haha. Maybe sahur banyak kot, tu pasal perutku kenyang saja rasenye, hehe..Hari ni, saya keluar rumah agak awal, dlm 6.30 pagi kerana nk hantar my beloved wife ke komuter Sg Buloh. After that, saya pun terus gerak ke ofis. Hari ni juga ada bacaan Yaasin dan doa selamat di ofis. Saya yg handle, dan hari ini juga diadakan majlis utk hari lahir CEO Yayasan Waqaf Malaysia, En. Azri Ahmad.
Selepas selesai kerja², kami bergerak Solat Jumaat. Lepas tu buat kerja cm biase, then balik…
Mlm, after iftar dan Solat Maghrib, saya dan isteri bergerak ke rumah biras di Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor utk amik stok kuih raya yang telah ditempah oleh pelanggan. Sampai je di sane, sgtla terkejut yg amat kerana berkotak² kuih yg perlu bawak balik..Haha!!! rasenye tempahan pelanggan x lah banyak mane..Takpe², rezeki Allah jgn ditolak..
Alhamdulillah dlm 11 lebih smpi semula di rumah, terlalu penat dan tido…
15 Ramadan 1430H.
Memulakan hari dgn bersyukur kpdNya kerana masih diberi peluang untuk hidup. Hari ini saya dan isteri akan balik ke kampung belah isteri di Sg Kelambu, Banting. Rancangnya nk balik awal, last² kul 3 lebih baru gerak ke sana. Dalam kul 5 Alhamdulillah kami smpi di destinasi yg kami tuju. rasa seronok kerana dpt berjumpa ayah dn mak mertua. Kami berbuka bersama² dgn lauk-pauk yg masyuk sekali. Hehe..
Mlm, tiada aktiviti kecuali solat Tarawikh. Then, tido…
16 Ramadan 1430H.
Sahur secara berjemaah dlm 5.30 pagi. Hari ni ada majlis khatam Al-Quran di sini. Setiap ahli keluarga telah diberi tugas untuk membaca beberapa juzu’ Al-Quran. Kami ditugaskan Juz 20-22. Alhamdulillah, tugasan berjaya diselesaikan. Dalam kul 11.30 pagi, saya dn ipar-duai ke Banting Superbowl untuk bermain bowling, hehe..5 frame hanya RM 21. Sangat murah…Dlm kul 3 ptg baru selesai.
Petang, aktiviti tidur bermula. Sampaila kul 5.30 ptg. Majlis khatam Al-Quran bermula dan tamat dlm 6.20 ptg. Hari ni, kesemua 12 beradik berkumpul bersama keluarga masing-masing. Inilah pengalaman pertama saya berbuka secara berjemaah dan dikelilingi ahli keluarga yang sangat ramai. Seronok yg amat sangat..
Selepas solat Maghrib, saya dan isteri bertolak pulang ke rumah. Sayu rasanya hati meninggalkan mertua kerana Hari Raya Kedua baru kami akan pulang ke sana semula..
Dlm 9.30, Alhamdulillah..kami pun selamat smpi di Sungai Buloh. Apa lagi, kelam-kabut kemas bilik, gosok baju dan sebagainya. Maklumla, Nuzul Quran Wilayah mane cuti kan..
Anyway, thanks to my beloved wife sbb berjaya menyiapkan segalanya dlm masa yg sgt singkat..
Dlm 11 mlm, mata pun tertutup untuk tido…
p/s : Ditulis pada 10.36 pg, Isnin, 7/9/09.