Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
26 Ogos 2009, 5 Ramadan 1430H.
Saya ada satu pengumuman, kepada yg boleh membayar zakat fitrah, marilah kita bersama-sama membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan yg mulia ini. Sesungguhnya zakat itu dapat menyuburkan harta dan jiwa (tagline PPZ MAIWP).
Haiii..ape kabar semua? Hari ni hari kelima berpuasa. Esok yg keenam. Hari makin bertambah, ramadan makin berkurang. Tetapi mcmna dgn amalan kita semua ekkk…Marila sama² mengurangkan segala apa yg boleh kasi minus kite punye pahala di bulan puasa ni. Marilah sama² kite tmbh pahala, marilah sama² kite kurangkan dosa dan marilah buat ape je yg membawa kepada kebaikan.
Hari ni saya agak letih kerana bertugas di luar pejabat. Saya dan rakan pejabat ditugaskan riki tempat di PPZ MAIWP Taman Shamelin. Kami ditugaskan untuk membuka kaunter (booth) bagi mempromosikan wakaf tunai yang sememangnya mampu menambahkan lagi dana wakaf di Yayasan Waqaf Malaysia bagi menyempurnakan segala projek-projek yg bakal dilaksanakan.
Perjalanan ke Taman Shamelin dari Putrajaya ambil masa dlm 30-40 minit gak la. Jauh gak, cuma yg buat lambat kete banyak sgt..skang ni kete dh bykla kat jalan raya. Tak silap saya, pagi tadi saya ade ternampak satu kete plat no. WSY …. . Mak aiii, dah WSY dah plat no Wilayah. Dlm bulan lepas baru je WSR + WST. Takpelah, menunjukkan orang Malaysia semuanya Alhamdulillah hidup senang..
Saya sampai di rumah dlm 6 pm. Jalan jem + hujan lebat. Terpaksa bwk slow bagi mengelakkan perkara x diingini berlaku. Alhamdulillah, berbuka bersama keluarga…Lauknya, UDANG MASAK TEMPOYAK masyukk banget…memang menyelerakan..Hehehe..
Okay kwn², ada urusan yg perlu diselesaikan. Nite, tata!!
p/s : Ditulis pada 10.00 mlm, Rabu, 26/8/09.