Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Amin…
Hari ini (semalam kot), saya ada mendapat satu email daripada JobStreet.Com yg mengumumkan bhw akan diadakan satu Retrechment Helpline untuk sesiapa yg sedang mencari kerja. Tidak kiralah sama anda baru diberhentikan akibat kegawatan, ataupun anda adalah seorang graduan yg masih belum bekerja.

Program ini hanya dijalankan di sekitar negeri Selangor, iaitu di Majlis Perbandaran/Bandaraya bagi seluruh daerah² di Selangor mengikut waktu yg telah ditetapkan.
Antara pihak² yg terlibat adalah Lembaga Zakat Selangor, syarikat² yg sedang mencari pekerja dan ingin melakukan training serta Jobstreet.Com sendiri. Waktu yg paling hampir adalah esok, 28 Mac 2009 (Sabtu), bermula 8.30 pagi sehingga 12.30 pm. Ianya akan dilakukan 5 minggu berturut² bermula esok. Tempat²nya adalah :
1-Majlis Perbandaran Kajang
2-Majlis Perbandaran Selayang
3-Majlis Bandaraya Petaling Jaya
4-Majlis Perbandaran Subang Jaya
Anda semua dijemput ke sane. Oh ye, jangan lupe bawa resume ye!!
Untuk melihat poster mengenai program ini dengan lebih jelas, sila download di sini.
Good Luck!!