Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Petang semalam, 26/1/09 lebih kurang 4 lebih, maka berlakunya satu lagi fenomena alam yang memang tidak dinafikan kegempakannya dan amat jarang sekali untuk kita temui iaitu Gerhana Matahari.
Malangnya saya tak dapat tengok!! Sedihnya!! Tapi tak mengapa, krn ada seorang kawan telah menenangkan hatiku ini. Haha!! Ha, itulah kelebihan berblogging. Mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat.
Okay, jom kita lihat beberapa pic yg berjaya diambil oleh Liz (my blogging friend). Gambar² ini sgt lah nice (Gua kagum gak dengan lu Liz, haha!!
).
Gerhana bermula lebih kurang 16:37 @ 4.37 pm.
Amcm? Nampak perubahan?
Subhanallah…
Begitu indahnya ciptaan Allah S.W.T. Dan terbuktilah kesyumulan Islam yang sememangnya mencakupi segala aspek, termasuklah bidang astronomi dan juga sains.
Dan sebenarnya, kita juga disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana (Kusuf @ Khusuf) sekiranya terlihat gerhana matahari ini. Di mana telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Bermaksud : Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang, kemudian ruku’ dengan ruku’ yang panjang, kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersolatlah”
Kepada yg dpt melihat gerhana matahari maka beruntunglah anda ye. Tak mengapalah, mungkin tak de rezeki untuk saya melihat gerhana matahari ni. Next time, Insya-Allah.
p/s : Still sedih tak dpt tgk live
2 Responses to “Subhanallah..”
nice pic huh~!..ekekeke..
yesszaa!! mcm pro tuh..